Sumber: Nur Laila
Mukhtar
Pernah ada satu
soalan maut dari seorang sahabat. Dia cakap, dia buat Dhuha tapi rasa tak Ikhlas. Sebab dia buat dhuha sebab nak kaya, nak
sales jalan. Nak rezeki banyak. Lama dah dia simpan, tapi tak tahu nak tanya
sapa. Lalu dia tanya saya.
Sahabat tu kata.
Dia buat dhuha, kadang bila dia buat dhuha, tapi takde sales, lagilah dia tak
ikhlas. Ermmm, saya pun bukan ustazah. Tapi saya cuba menjawab untuk menukar
persepsi dia. Bukan saya juga boleh buat dia ikhlas. Saya pun masih berlobang
sini sana. Keihlasan saya pun masih belum tentu solid. Entah-entah 5% pun penat
nak sampai.
Saya jawab. Laila (bukan nama sebenar), awak rasa
tak ikhlas sebab awak rasa dhuha tools untuk awak minta lebih dengan Allah.
Buat sebab nak dapat ganjaran. Sebenarnya, nilai kehambaan dalam diri awak
tinggi, awak nak buat dengan rasa kehambaan.
Jadikah dhuha
surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih dari awak untuk Pencipta.
Awak bangun pagi, jantung awak berdengup sihat, tiada sesak dada - ada orang
bangun, mesin oksigen di tepi, jantung dah tak boleh operasi sendiri.
Syukurlah.
Ada orang bangun,
sudah tidak dapat melihat. Meraba-raba dalam kegelapan dunia. Awak boleh
melihat orang yang awak sayang, boleh melihat senyuman si anak.
Awak bangun dalam
kekalutan, masih sempat sediakan sarapan walaupun roti dan telur untuk
anak-anak, menghantar mereka kesekolah. Ada orang anakknya makan rumput,
mencari makanan di tong sampah. Tak mampu nak hantar anak kesekolah. Anak kecil
terpaksa bekerja membantu keluarga.
Laila (bukan nama
sebenar), Terlalu banyak nak di
syukurkan. tak perlu saya beritahu satu persatu. Mulai esok, tukar persepsi.
Jadikah dhuha sebagai surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih awak
pada Allah.
Nikmat buka hanya wang ringgit. Nikmat bukan hanya pada harta.
Nikmat buka hanya wang ringgit. Nikmat bukan hanya pada harta.
Allah janji :
Barangsiapa bersyukur pasti Allah tambah nikmat. disitulah kunci Dhuha menjadi
Kaya.
Ayuh! Ber-dhuha
lah dengan mengharap yang lebih besar -Rahmat Allah akhirat nanti.
Rasulullah
bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika
datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu
bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan
rahmat Allah SWT.”
(Hadith Riwayat
Tabrani)
Ayuh! Ber-dhuha
lah dengan mengharap keampunan Allah
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang
bersolat sunat Dhuha secara rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan.”
(Hadith riwayat At-Tarmizi)
(Hadith riwayat At-Tarmizi)
Namun tak salah
Dhuha untuk meminta rezeki. Itu anjuran Nabi. Allah lah sebaik baik tempat
meminta - Dia Maha Kaya, Maha Pengasih Dan Maha Pemberi Rezeki.
Saya harap ianya
membantu menukar persepsi. Terlalu banyak keluhan berbanding kesyukuran.
Ruginya siapa tak solat Dhuha :(
Saya izinkan KLIK
SHARE untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment