Wednesday 18 January 2017

3 Panduan Buat Pelanggan Cepat Jatuh Cinta





Dale Carnegie menggariskan 3 panduan untuk buat pelanggan cepat jatuh cinta pada bisnes kita,


1) Jadi manusia "tulen" apabila membantu orang lain.

Orang bisnes tugasnya menyelesaikan masalah pelanggan. Kita adalah pembantu yang dibayar mahal.

Maka langkah terbaik adalah membantu pelanggan dengan sebaik mungkin. Jadi peniaga tulen.


2) Suka senyum.

Senyum itu mencipta tenaga yang positif. Senyum itu sedekah. Senyum itu magnet untuk menarik rezeki.

Pelanggan suka dengan pemilik bisnes yang murah dengan senyuman.
Masam muka bermakna bisnesnya juga masam belaka.

Senyum walupun anda berniaga online. Reply msg online. Auranya dapat dirasakan


3) Jadi pendengar yang setia.

"Tahu apa yang pelanggan mahu. Bagi lebih daripada apa yang pelanggan mahu."

Sentiasa over-delivered. Tahu masalah yang bermain dalam fikiran pelanggan.
Kemudian berikan produk atau servis yang melangkaui kemahuan mereka. Buat mereka rasa "wow" pada bisnes kita.

Semak diri kita. Kita ada semua kriteria di atas? Kalau tak ada ...mulai hari ini usaha bagi ada semunya.


No comments:

Post a Comment