Wednesday, 19 October 2016

Anggur Muscadine: Bahan Utama Vivix


Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Carian Google
Sumber: Carian Google & Kelas Produk Shaklee



Anggur Biasa

Anggur apabila dikelaskan melalui warnanya, dapat dikategorikan kepada 3 warna utama.

Anggur HijauAnggur Merah dan Anggur Hitam atau gelap.

Terdapat lebih 8,000 jenis anggur yang terdapat di dunia.

Semua jenis anggur memberikan manfaat yang sangat banyak dan luar biasa kepada kesihatan manusia.

Bermula daripada kulitnya, isi dan bijinya, semuanya memberikan manfaat kepada manusia.


"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia".




13 Fakta Tentang Anggur Muscadine

1. Tumbuh Di Kawasan PANAS & LEMBAP

Anggur Muscadine tumbuh semulajadi ditempat yang 
panas dan lembab berlainan dengan anggur lain yang memerlukan tempat sejuk dan dingin.

Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik dan cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak resveraterol dan polifenol. Anggur Muscadine adalah anggur yang jarang didapati dapat hidup dalam cuaca yang ekstrem. Semakin buah anggur terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveraterol yang tinggi.





2. Saiz Sebesar BOLA GOLF

Ia dikenali sebagi super grapes kerana saiznya yang boleh membesar sebesar BOLA GOLF Anggur Muscadine mempunyai saiz yang lebih besar berbanding anggur biasa iaitu sekitar lima sentimeter (5cm) atau seakan-akan sebiji buah plum.


3. Kaya dengan FIBER

Anggur Muscadine adalah anggur yang hebat, yang kaya dengan fiber. Fiber diperlukan untuk penghadaman yang baik. Sangat penting untuk melawaskan sistem pembuangan.

Sebagai perbandingan kandungan fiber, satu biji Anggur Muscadine  mengandungi 5x lebih fiber dari  anggur biasa.

Pendek kata 1 Anggur Muscadine  bersamaan dengan 5 biji anggur biasa untuk dapatkan kandungan fiber yang sama.


4. Mengandungi RENDAH KALORI

Anggur Muscadine lebih berkhasiat dari anggur biasa dan mengandungi kalori rendah. Bagi mereka yang menjaga pemakanan dan ingin menurunkan berat badan melalui kaedah pengiraan kalori, anggur ini sangat sesuai. Ia juga membuat seseorang itu berasa kenyang.


5. Mempunyai Kulit Yang BESAR & KERAS

Anggur muscadine mempunyai kulit yang keras dan tebal berbeza dengan anggur biasa yang mempunyai kulit yang lembut dan nipis .


6.  Boleh Melindungi Diri Daripada BAKTERIA & KULAT

Anggur Muscadine 
tidak perlu di sembur dengan air dan bahan kimia  kerana Anggur Muscadine  boleh menahan suhu panas dan mampu melindungi dirinya dari bakteria dan fungus.

Hal ini kerana anggur ini mengandungi
resveraterol yang merupakan phytoalexin di mana ia dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuhan apa diserang pathogen seperti bakteria dan fungi.


7. Mempunyai 20 PASANG KROMOSOM

Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom , Anggur Muscadine  mempunyai 20 pasang lebih 1 kromosom daripada biasa yang menjadikannya lebih tahan lasak dan mampu merawat dirinya apabila diserang serangga dan burung.

Kromosom tambahan inilah yang dipercayai
membekalkan sejenis antipenuaan khas. Malah kandungan kompaun polifenol dalam buah anggur ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah. Ianya menyediakan lebih banyak faedah kepada kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan bersifat antioksidan yang tinggi.


8. Tidak memerlukan SEMBURAN RACUN PEROSAK

Bukan itu sahaja kerana ia merupakan satu-satunya anggur yang 
tidak memerlukan semburan racun perosak ! (Sila rujuk fakta no #6)


9. Mempunyai ORAC PALING TINGGI


Menurut
Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham , Massachusetts pada tahun 2003, Anggur Muscadine  mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi antara yang mereka pernah kaji. 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding BLUEBERRIES



10. Kaya Dengan ANTIOKSIDAN

Anggur Muscadine penuh dengan khasiat antioksidan. Kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai Oligomeric proanthocyanidins(OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa antioksida yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.

Antioksidan ini boleh melawan radikal-radikal bebas yang ada di sekeliling kita seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan Alzheimer (sejenis penyakit lupa/nyanyuk).

Anggur muscadine juga kaya dengan anthocyanins (lavonoids yang memberikan warna merah gelap dan merupakan antioksidan yang hebat serta kuat).


11. Mengandungi RESVERATEROL 6X LEBIH TINGGI

Ia mempunyai kadar 
RESVERATROL  6x lebih tinggi dari anggur merah. 


12. Mengandungi 2X VITAMIN C

Anggur Muscadine juga mengandungi 2x vitamin C berbanding anggur biasa.


13. ANTIKANSER & ANTIRADANG

Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid – 
antikanser dan antiradang.


Banyaknya fakta Anggur Muscadine ni, kan?. Kenapa Rieya nak kaji sangat tentang Anggur Muscadine ni? Sebabnya Rieya suka makan buah anggur dan Anggur Muscadine ni ada dalam Vivix Shaklee. Yelah dah kita minum mesti nak tau lebih mendalam berkenaan apa yang masuk dalam badan, kan? Agaknya apa lagi kelebihan Anggur Muscadine ni hingga boleh menjadi pilihan untuk kandungan utama Vivix?


TAHUKAH ANDA?

Sebiji Anggur Muscadine boleh mencecah sehingga RM100 sebiji. Hah! Ambek kaw. So tak hairanlah kalau sebotol Vivix Shaklee berharga RM475 (tidak termasuk GST). Dah nama pun produk PREMIUM. Dah tentulah harganya juga begitu eksklusif dan premium.

Sebotol Vivix Shaklee mengandungi 150ml. So korang rasa berapa banyak buah Anggur Muscadine untuk penuhkan 150ml bagi satu botol Vivix Shaklee tu? Hah! Cuba teka. Siapa dapat teka Rieya hadiahkan sesudu Vivix Shaklee.

Ini kerana Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:- 

1.      Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
2.      Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
3.      Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna

Pelabuhan RM475 untuk kesihatan orang yang anda sayang, apa salahnya? Betul tak?

Jika anda rasa bermanfaat, sila share dengan seluruh keluarga, rakan dan jiran tetanga anda.


Rakan Kesihatan Anda
Pengedar Shaklee Sabah


Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan atau berminat untuk dapatkan produk ini, sila hubungi;-

SMS | WhatsApp | Telegram : +60 16 817 8716
Email: pnnasriahabdullah@gmail.com


Atau nak lagi pantas dan cepat boleh beli di sini



Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima;-
1) Konsultasi percuma secara berterusan selagi anda memerlukan khidmat nasihat dan pandangan dari saya.
2) Tips eksklusif cara pengambilan produk secara berkesan.
3) Jadual pengambilan vitamin.
4) Layak berkongsi maklumat di secret group FB Legasi Adhwa


No comments:

Post a Comment